Skip to content

Bagaimana Multi-Gyn berfungsi?

Produk Multi-Gyn merawat ketidakselesaan bahagian intim dengan memulihkan keseimbangan semula jadi flora bahagian intim anda.

Apabila flora bahagian intim anda seimbang, ia secara semula jadi dilindungi daripada bakteria. Tetapi apabila keseimbangan itu terganggu, ketidakselesaan seperti kegatalan, keputihan, bau yang kurang menyenangkan atau jangkitan seperti Vaginosis Bakteria (BV) boleh terjadi.

Dengan memulihkan keseimbangan ini, produk Multi-Gyn bukan sahaja merawat ketidakselesaan bahagian intim tetapi juga memberi anda kelegaan segera.

Natural-2QR-Origin

Bahan Aktif Kami

Produk kami kebanyakannya berasaskan daripada bahan semula jadi. Salah satu bahan utama ialah kompleks-2QR yang merupakan bahan semula jadi berasaskan daripada tumbuhan. Kompleks-2QR meneutralkan bakteria yang berbahaya. Ia menyokong proses penyembuhan semula jadi dan keseimbangan flora bahagian intim. Kompleks-2QR tiada kesan sampingan yang diketahui.

Kesannya

Selepas disapu pada bahagian intim anda, produk Multi-Gyn memberi kesan legaan segera pada ketidakselesaan seperti kegatalan atau kerengsaan. Sekiranya anda mempunyai jangkitan seperti vaginosis bakteria, produk-produk ini akan memberikan anda kelegaan segera daripada ketidakselesaan yang dialami serta merawat jangkitan.